Berita Semasa

Agensi, syarikat hartanah rangkul pengiktirafan MREIE

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 38 agensi serta 8 syarikat hartanah tempatan berjaya merangkul anugerah daripada Hartanah dan Strata Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Malaysia Real Estates Integrity Elites, Profesor Jericho Tang kit Wai, pengangerahan tersebut diberikan susulan prestasi cemerlang yang ditunjukkan agensi dan syarikat tersebut dalam menyediakan perkhidmatan professional menerusi Malaysia Real Estate Integrity Elite (MREIE) 

Kata beliau, bidang agensi hartanah adalah satu industri yang mencabar, namun penuh peluang dalam membantu orang mencapai impian memiliki rumah.

Pengerusi Malaysia Real Estates Integrity Elites, Profesor Jericho Tang kit Wai.

“Mereka (agensi dan syarikat hartanah) perlu memahami pasaran, memahami keperluan, mencari rumah ideal untuk pelanggan, dan malah memberikan nasihat berprofesional semasa proses pembelian dan penyewaan.

“Mereka adalah penyokong yang tidak dapat dikesampingkan, memberikan bantuan yang berharga kepada keluarga, pelabur, dan pendatang baru,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis tersebut.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, Hassan Hafizi Hanapi.

Menurut Hafizi, pihaknya menghormati individu dan syarikat-syarikat yang telah memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai ini dalam industri hartanah Malaysia.

Katanya, golongan tersebut telah bekerja dengan gigih, mematuhi piawaian tinggi dan menjadikan kejujuran sebagai prinsip asas dalam setiap urusan perniagaan mereka.

“Saya berharap Recognation Malaysia Integrity Real Estate Elite terus berkembang dan menjadi platfrom yang kukuh untuk memupuk nilai-nilai integriti dalam industri hartanah Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Profesor Jericho berkata, tugas agen hartanah sering kali dianggap remeh, pada hakikatnya memainkan peranan penting dalam setiap peringkat iaitu mencari, menilai, bernegosiasi, dan menyelesaikan urus niaga.

Justeru, katanya, masyarakat perlu menunjukkan lebih banyak penghormatan dan penghargaan terhadap kerja mereka.

“Kepakaran dan usaha gigih mereka membantu kita mencapai impian dan mencipta kenangan indah di rumah kita sendiri. Sama ada mencari tempat tinggal ideal, melabur dalam hartanah, atau menial hartanah kita, mereka adalah rakan yang boleh dipercayai.

“Mari bersyukur dan hormati para profesional yang bekerja berpenat lelah untuk impian memiliki rumah kita,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button