POLITIK

Hormati institusi adat: Setiausaha Akhbar MB Negeri Sembilan minta maaf atas keterlanjuran

SEREMBAN – Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Undang yang empat susulan tindakannya menyentuh institusi tersebut semasa Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Ahmad Shahir menegaskan bahawa beliau memandang serius kekhilafan penggunaan gelaran “Dato’ Undang” kerana menyedari sensitiviti Institusi Adat Perpatih yang perlu dijunjung serta dihormati oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, lebih-lebih lagi sebagai anak jati Negeri Sembilan yang memegang teguh adat dan budaya tempatan.

“Saya mulakan dengan permohonan maaf kepada Undang yang empat atas tindakan saya yang berseloroh dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dengan memetik gelaran yang diberi dalam media sosial kepada beliau sebagai ‘Tok Undang’.

“Atas kekhilafan tersebut, saya menginsafi dan berharap agar isu ini dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, PH sentiasa menghormati serta mempertahankan kemuliaan Institusi Undang sebagai warisan berharga yang menjadi identiti dan kebanggaan Negeri Sembilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button