JENAYAH & MAHKAMAH

13 maut, 1,946 kes kemalangan direkod seluruh negara semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 kematian direkodkan dalam 1,946 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam, menurut statistik harian dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran di Facebook, JSPT berkata, jumlah kematian kekal 13 kes seperti yang dicatatkan pada hari sebelumnya, manakala jumlah kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 30 kes berbanding 1,976 kes yang direkodkan pada 8 Jun.

JSPT memaklumkan, walaupun jumlah kemalangan menurun, angka korban masih tidak berubah dan terus menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika memandu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah serta tidak berkompromi terhadap pematuhan undang-undang jalan raya.

Sementara itu, PDRM menegaskan, sikap bertanggungjawab dan disiplin ketika berada di jalan raya amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kehilangan nyawa.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button