Berita Semasa

Dakwaan tiada lagi diskaun PTPTN terbukti tidak benar

KUALA LUMPUR – Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyambut baik pengumuman kerajaan memberikan diskaun dalam usaha menggalakkan bayaran balik hutang daripada peminjam.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, melalui tawaran itu, pihaknya berikrar untuk lebih komited untuk mendapatkan bayaran semula hutang pendidikan itu.

Beliau berkata, pengumuman peruntukan melalui Belanjawan 2024 itu juga membuktikan komitmen kerajaan dan menolak tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa kemudahan itu tidak akan diteruskan Kerajaan Perpaduan.

“Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan pemberian diskaun ini adalah ‘bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam’ dan ‘hutang mesti dibayar’.

“Sehubungan itu, PTPTN selepas ini akan lebih komited dalam mendapatkan balik hutang dari peminjam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 semalam, Perdana Menteri mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang melangsaikan hutang secara lump sum atau sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hutang.

Kemudahan yang sama dengan diskaun sebanyak 15 peratus pula diberikan kepada peminjam yang membuat pembayaran secara potongan gaji.

Tawaran itu bermula hari ini sehingga 31 Mac tahun depan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button