KPM salur RM100,000 bantu SMK Putrajaya Presint 14 pascakebakaran
PUTRAJAYA – Peruntukan awal sebanyak RM100,000 disalurkan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan awal susulan kebakaran dewan sekolah berkenaan hari ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, bantuan itu akan digunakan selepas siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selesai dijalankan.
“Alhamdulillah, pasukan bomba telah selesai memadamkan kebakaran sepenuhnya dan saya juga telah menerima taklimat penuh daripada pihak bomba.
“Saya mengucapkan terima kasih atas kepantasan dan kecekapan anggota bomba serta pegawai penyiasat yang berada di tempat kejadian,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh JBPM manakala langkah keselamatan bagi melindungi warga sekolah telah diambil sepenuhnya.

Tambah beliau, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan sesi psikososial bersama warga sekolah bermula esok bagi memberi sokongan serta meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan di sekolah.
“Semoga warga SMK Putrajaya Presint 14 diberikan kesabaran menghadapi ujian ini dan KPM akan sentiasa memastikan keselamatan warga sekolah menjadi keutamaan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








