WHO sahkan tiada kematian baharu akibat Hantavirus sejak 2 Mei
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada kematian baharu dilapor akibat wabak Hantavirus yang dikaitkan dengan sebuah kapal persiaran sejak 2 Mei lalu, menjadikan risiko kesihatan awam global kekal rendah.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam berkata, sebanyak 11 kes dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut Tedros, lapan daripada kes berkenaan disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus dari strain Andes.
Katanya, strain yang menyebabkan wabak kali ini iaitu Andes boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan, khususnya dalam ruang tertutup.
Tambah beliau, satu lagi kes masih menjalani ujian makmal lanjut.
“WHO terus menilai risiko kepada populasi global sebagai rendah,” kata Tedros melalui hantaran di platform X.
Dalam pada itu beliau menegaskan, WHO akan terus berhubung rapat dengan pakar dari semua negara terbabit serta menerima laporan kesihatan mingguan berkaitan penumpang dan kru menerusi saluran rasmi Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
Menurut Tedros, usaha penyelarasan antarabangsa masih diteruskan bagi menyokong langkah melindungi kesihatan awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







