Kerajaan Russia hadiahkan Aurus Senat kepada Yang di-Pertuan Agong
CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima hadiah sebuah kereta jenis limosin Aurus Senat daripada Kerajaan Persekutuan Russia, hari ini.
Hantaran di laman Facebook baginda menyebut, kereta berkenaan disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa bagi melambangkan hubungan erat serta persahabatan kukuh antara Malaysia dan Persekutuan Russia.
Ini kerana model kenderaan berkenaan jarang dimiliki di luar kerana ia tidak tidak dieksport secara meluas ke pasaran antarabangsa.
“Aurus merupakan jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi Persekutuan Russia dan sering digunakan oleh TYT Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Russia dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.
“Aurus terkenal dengan gabungan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi,” tulis hantaran tersebut.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Muzium Garaj Khas yang menempatkan himpunan lebih 50 unik kereta dan motosikal di Moscow, hari ini.
Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi-koleksi yang dipamerkan di muzium itu.
Majlis serahan Limosin Aurus Senat milik Seri Paduka Baginda turut berlangsung di muzium berkenaan.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke Muzium Garaj Khas disambut Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Russia, Kirill Alekseevich Lysogorsk; Pengarah Muzium, Belikov AV dan Ketua Pegawai Eksekutif NAMI, Nazarov FL.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















