BERITA SEMASA

MB Selangor gesa henti provokasi isu 3R libatkan institusi raja

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan berunsur provokasi yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum), khususnya melibatkan institusi diraja.

Menurut beliau, institusi raja perlu dipertahankan kerana menjadi simbol penyatuan rakyat serta berada di kedudukan lebih tinggi daripada perbezaan politik.

“Institusi yang tinggi seperti raja harus dipertahankan atau dilindungi kerana ia simbol penyatuan.

“Walaupun wujud perbezaan, kita perlu mengelakkan cercaan atau penghinaan kerana itu asasnya,” memetik BH online.

Gesaan itu dibuat susulan isu penghinaan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk penularan satu karikatur di media sosial yang disifatkan tidak menghormati institusi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan sebanyak 280 laporan polis diterima setakat semalam berhubung isu tersebut, yang dibuat oleh pelbagai pihak dari seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata audit keselamatan longkang berisiko di Selangor akan dilaksanakan susulan kejadian dua kanak-kanak lemas baru-baru ini.

Katanya, audit itu melibatkan penilaian menyeluruh terhadap keadaan fizikal longkang serta faktor persekitaran, selain menegaskan bahawa aspek keselamatan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat, bukan hanya pihak berkuasa tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button