Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Mohd. Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Pelantikan Azmin diumumkan Speaker Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15, lapor Sinar Harian.
Weng San berkata, Perikatan Nasional (PN) yang merupakan pembangkang di Selangor telah mengutus surat pada 15 Sept lalu dan mencalonkan Azmin sebagai ketua pembangkang.
“Diharapkan ketua pembangkang telah dilantik dan dipersetujui ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, tahniah diucapkan,” katanya.
Pada persidangan itu juga, 56 ADUN mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah, didahului Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan diikuti 10 exco serta ADUN lain.
Jawatan ketua pembangkang pada penggal lalu dijawat ADUN Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail.
Dalam PRN 12 Ogos lalu, gabungan PH dan BN berjaya memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan sekaligus membentuk kerajaan negeri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








