Tentera AS serah MV Touska, kru kepada Pakistan
ISLAMABAD – Kapal kontena MV Touska beserta 22 kru yang dipintas Amerika Syarikat (AS) selepas melanggar sekatan ke atas pelabuhan Iran diserahkan kepada Pakistan untuk dipulangkan kembali ke negara asalnya.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap kementerian luar Pakistan kepada Reuters, lapor The Guardian hari ini.
“Kapal tersebut akan dibawa semula ke perairan wilayah Pakistan untuk dipulangkan kepada pemilik asalnya selepas menjalani pembaikan yang diperlukan,” kata jurucakap tersebut.
Terdahulu, pemulangan kapal tersebut bersama kru disahkan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) semalam.
“Hari ini (semalam), pasukan AS telah menyelesaikan pemindahan 22 kru kapal MV Touska ke Pakistan untuk penghantaran pulang,” kata jurucakap CENTCOM, Kapten Tim Hawkins seperti dipetik penyiar ABC News.
Hawkins menambah, enam lagi penumpang telah dipindahkan ke sebuah negara serantau untuk penghantaran pulang minggu lepas.
Kapal MV Touska ditahan tentera laut AS pada 19 April di Teluk Oman selepas dilaporkan enggan mematuhi arahan sekatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










