Isteri Aliff Syukri tak berkira, bawa anak dan pembantu ke hospital swasta sama
KUALA LUMPUR – Sikap prihatin Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meraih perhatian netizen apabila membawa anak perempuan dan pembantu rumahnya mendapatkan rawatan di hospital swasta yang sama selepas kedua-duanya mengalami masalah kesihatan.
Melalui perkongsian di media sosial, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman itu berkata, anak mereka, Qadejah El Zahra, dimasukkan ke wad selepas mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas.

Sementara itu, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai ‘bibik tudung’ pula pitam di dapur akibat tekanan darah tinggi.
“Qadejah mengadu sakit dada malam tadi, nak bernafas susah. Mama kalau anak sakit ni tak ada tangguh-tangguh, hati jadi risau fikir bukan-bukan.
“Sampai sahaja di hospital, doktor periksa darah dan platelet darah dia rendah sangat. Sudah tiga kali ambil darah, platelet masih rendah. Risau mama dibuatnya,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai mendoakan agar anaknya segera sembuh dan dijauhkan daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.
Dalam pada itu, Nur Shahida berkata, selepas Qadejah dimasukkan ke wad, pembantu rumahnya pula rebah di dapur sebelum dia segera membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.
“Banyak betul dugaan hari ini, Ya Allah. Lepas Qadejah masuk wad, petang ini bibik tudung pula pitam dekat dapur. Bibik ada darah tinggi.
“Mama terus bawa ke hospital. Alang-alang itu, letak sekali dengan wad Qadejah. Memang dugaan betul hari ini, seharian dekat hospital sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi positif apabila Nur Shahida tidak memilih taraf antara keduanya.
“Usahawan yang tak sombong. Takde kasta hang bibik ke apa. Dia semua macam satu keluarga. Duduk sebilik, tak ada nak asing-asing. Semoga murah rezeki Datuk dan Datin,” komen Norliza Ahmad Shukri.
“Bibik pun keluarga juga. Tersentuh hati baca warded satu bilik yang sama. Semoga Cess dan bibik tudung cepat sembuh,” tulis Faridah Wahab pula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








