Norway bakal kuat kuasa larangan media sosial di bawah usia 16 tahun
OSLO – Kerajaan Norway dijangka membentangkan rang undang-undang tahun ini bagi melarang penggunaan media sosial kepada individu bawah 16 tahun, termasuk mewajibkan syarikat teknologi mengesahkan umur pengguna.
Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre berkata, langkah itu penting bagi melindungi kehidupan digital kanak-kanak daripada pengaruh berlebihan.
Menurut beliau, kanak-kanak seharusnya menikmati zaman mereka dengan aktiviti harian seperti bermain dan membina persahabatan tanpa dikuasai algoritma serta skrin.
Cadangan itu menjadikan Norway antara negara terbaharu yang mengambil pendekatan tegas terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.
Sebelum ini, beberapa negara Eropah seperti Perancis, Sepanyol dan Denmark turut menyuarakan hasrat memperkenalkan had umur digital.
Selain itu, Australia dan Turki dilaporkan telah melaksanakan langkah sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















