Malaysia B-17 tundukkan Indonesia 1-0, hidupkan harapan separuh akhir
JAKARTA – Skuad bawah 17 tahun negara menghidupkan peluang ke separuh akhir Kejuaraan B-17 ASEAN selepas mencatat kemenangan penting ke atas tuan rumah, Indonesia dalam aksi Kumpulan A, hari ini.
Malaysia bangkit daripada kekalahan besar 0-4 kepada Vietnam pada aksi pembukaan apabila menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Joko Samudro.
Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-34 menerusi pertahanan, Fareez Danial yang bijak menanduk masuk bola hasil situasi bola mati untuk meletakkan negara di hadapan.
Bersambung babak kedua, Indonesia cuba menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan, namun benteng pertahanan negara kekal ampuh untuk mengekang setiap percubaan tuan rumah.
Aksi berakhir dengan keputusan 1-0 memihak skuad negara, sekali gus meraih tiga mata pertama buat anak buah Shukor Adan dalam kempen kali ini.
Kemenangan tersebut memberi suntikan moral buat Malaysia menjelang perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Timor Leste, Ahad ini, yang dianggap penting bagi menentukan peluang ke peringkat separuh akhir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








