LUAR NEGARA

Trump beri isyarat tidak lanjutkan gencatan senjata dengan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak mempertimbang untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran.

Wartawan ABC News, Jonathan Karl berkata, pada pandangan Trump pelanjutan itu tidak diperlukan.

“Saya fikir anda akan melihat sesuatu yang menakjubkan dua hari akan datang,” kata Trump, menurut Karl di platform media sosial X seperti dipetik Anadolu Ajansi.

Karl berkata, Trump membayangkan konflik itu boleh berakhir sama ada menerusi penyelesaian yang dirundingkan atau melalui tindakan ketenteraan yang menghapuskan keupayaan Iran.

“Ia boleh berakhir dengan salah satu cara, namun saya fikir perjanjian lebih baik kerana kemudian mereka (Iran) boleh membina semula (negara).

“Mereka benar-benar mempunyai rejim yang berbeza sekarang. Tidak kira apa pun, kami telah menghapuskan (pihak) radikal…,” Trump dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, Trump turut membuat ‘dakwaan luar biasa’ mengenai peranannya di pentas global: “Jika saya bukan Presiden, dunia akan hancur.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button