BERITA SEMASA

Mainan jarum menyerupai alat perubatan dikesan dijual secara terbuka

GEORGE TOWN – Orang awam khususnya ibu bapa diingatkan supaya berwaspada terhadap penjualan “mainan murah lepas stres” yang kini tular di pasaran, susulan kebimbangan terhadap risiko keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.

Amaran itu disuarakan dalam satu sidang media yang dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye bersama EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen di KOMTAR, di sini hari ini.

Menurut H’ng, produk dikenali sebagai “Squeeze Acne Toy Needle Tube Pinch Music Injection Bubble” itu menggunakan komponen menyerupai jarum suntikan, sekali gus berpotensi menyebabkan kecederaan fizikal dan jangkitan kuman jika disalah guna.

“Lebih membimbangkan, ia mudah dibeli dan sering dianggap sebagai permainan biasa oleh kanak-kanak tanpa menyedari risiko sebenar,” katanya.

Mooi Lye berkata, antara risiko dikenal pasti termasuk kecederaan akibat objek tajam, risiko jangkitan jika tidak steril, salah guna kerana meniru peralatan perubatan, bahaya kepada kanak-kanak tanpa pengawasan dan tertakluk di bawah Akta Peranti Perubatan.

Mainan bahaya
Produk dikenali sebagai “Squeeze Acne Toy Needle Tube Pinch Music Injection Bubble” dikesan dijual secara terbuka di Pulau Pinang.

Beliau menegaskan bahawa peralatan berunsur jarum diklasifikasikan sebagai peranti perubatan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012.

Sehubungan itu katanya, produk berkenaan perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa dan hanya boleh dikendalikan oleh pihak berkelayakan serta tidak boleh dijual secara bebas kepada orang awam

“Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mempergiat pemantauan di premis perniagaan dan kawasan penjaja.

Mainan bahaya
Produk dikenali sebagai “Squeeze Acne Toy Needle Tube Pinch Music Injection Bubble” dikesan dijual secara terbuka di Pulau Pinang.

“Antara tindakan yang akan diambil ialah rampasan produk, kompaun sehingga RM250, penarikan lesen perniagaan di kawasan Seberang Perai, Majlis Bandaraya Seberang Perai turut akan melaksanakan tindakan sama dengan kompaun sehingga RM500.

“Orang ramai digesa agar tidak membeli atau membenarkan kanak-kanak menggunakan permainan yang mempunyai elemen berbahaya atau menyerupai peralatan perubatan.

“Ibu bapa juga disaran memeriksa permainan sebelum membeli, mengelakkan produk tanpa label keselamatan dan memantau aktiviti anak-anak,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button