BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

SPRM sambung reman bekas CEO, pengerusi syarikat kes urus niaga saham

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan tempoh reman terhadap seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi syarikat pegangan, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun tersebut.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 April 2026 itu dikeluarkan oleh Majistret Ainul Izzati Mohd Jamili selepas permohonan SPRM dibentangkan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Kedua-dua suspek sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu sebelum tempoh itu tamat hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, selain turut melibatkan elemen pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dipercayai mempunyai kaitan dengan urus niaga tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button