LUAR NEGARA

Keupayaan peluru berpandu Iran masih utuh

WASHINGTON – Iran dilapor masih mengekalkan kira-kira separuh daripada pelancar peluru berpandunya walaupun berdepan serangan berterusan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel sejak beberapa minggu lalu.

Menurut penilaian perisikan AS, Tehran juga dipercayai masih memiliki ribuan dron serangan sehala, dengan sekitar 50 peratus daripadanya kekal beroperasi, lapor Al Jazeera yang memetik sumber CNN.

Dapatan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini mendakwa kemampuan Iran untuk melancarkan peluru berpandu dan dron telah merosot secara drastik susulan serangan ketenteraan.

Menurut Trump, keupayaan Iran semakin lemah apabila kemudahan pengeluaran senjata serta pelancar roket negara itu terus dimusnahkan sehingga hanya tinggal dalam jumlah yang sangat terhad.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth memaklumkan, serangan peluru berpandu balistik terhadap pasukan AS menurun sehingga 90 peratus sejak konflik bermula, termasuk penggunaan dron kamikaze.

Related Articles

Perkembangan itu mencerminkan situasi konflik yang masih dinamik, dengan keupayaan ketenteraan Iran dilihat belum lumpuh sepenuhnya meskipun berdepan tekanan berterusan daripada pihak lawan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button