Kenyataan tular prestasi SPM 2025 mengikut kaum adalah palsu
DENGKIL – Kenyataan media yang memaparkan peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang menjadi tular semalam adalah tidak benar.
Timbalan Menteri Pendidikan, berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian malah maklumat tersebut tidak terkandung sewaktu pengumuman rasmi semalam.
“Apa yang tular (itu) adalah 101 peratus tidak betul sama sekali. Itu sudah pasti tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Bangunan Gantian (Daif 2022) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil, di sini hari ini.
Kah Woh berkata, pelaksanaan peperiksaan SPM dan pengumuman keputusan dibuat berdasarkan piawaian dan standard yang telah ditetapkan tanpa sebarang kompromi.
“Kita melaksanakan peperiksaan SPM dengan mematuhi segala piawaian dan standard yang telah ditetapkan bagi setiap satu mata pelajaran, (begitu juga) tarikh pengumuman keputusan…kita pastikan keputusan dikeluarkan pada 10 pagi serentak di seluruh negara,” katanya.
Oleh kerana itu, katanya, pengumuman keputusan SPM dibuat secara seragam di seluruh negara bagi memastikan ketelusan.
“Ini adalah piawaian yang pihak KPM tidak akan kompromi,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan media berlogo KPM yang tular di media sosial sejak semalam mengandungi maklumat peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum.
Kenyataan media itu mengandungi analisis mendakwa calon Melayu yang menduduki SPM 2025 merekodkan peratusan terendah berbanding Cina dan India.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








