LUAR NEGARA

Trump dakwa Iran miliki ‘perunding hebat tetapi pejuang yang lemah’

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa Iran mempunyai “perunding yang hebat, tetapi pejuang yang lemah”.

Dakwa Trump, kekuatan ketenteraan Iran telah banyak dineutralkan sejak AS dan sekutunya rejim Zionis menyerang negara itu sejak 28 Februari lalu, lapor al-Jazeera.

“Kita benar-benar menghancurkan (ketenteraan) Iran. Mereka sudah tewas; mereka tidak akan bangkit semula. Kini mereka mempunyai peluang untuk membuat perjanjian, tetapi terpulang kepada mereka,” kata Trump.

Beliau turut mendakwa, serangan udara yang dilancarkan berjaya memusnahkan simpanan peluru berpandu dan dron dan turut menghancurkan asas industri pertahanan mereka.

“Kita telah hapuskan tentera laut, tentera udara mereka sepenuhnya dan memusnahkan sebahagian besar peluru berpandu serta 90 peratus pelancar mereka,” dakwa Trump dalam satu sidang media di White House, hari ini.

Beliau kemudiannya berkata, pemimpin Iran “bukan bodoh, mereka sangat bijak dalam cara tertentu dan merupakan perunding yang hebat”.

“Saya katakan, mereka pejuang yang lemah, tetapi perunding yang hebat,” katanysa sambil menambah, AS “jauh mendahului jadual” dalam perang terhadap Iran, yang pada asalnya dijangka berlangsung antara empat hingga enam minggu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button