Dua maut termasuk kanak-kanak dalam nahas di Tanah Merah
TANAH MERAH – Perjalanan awal pagi tujuh individu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah Merah, Jalan Machang–Tanah Merah, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu, seorang lagi mangsa cedera manakala empat yang lain terselamat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hamdan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.35 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota termasuk pegawai.
Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah Perodua Myvi dan BMW 5 Series.
“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan. Nahas ini melibatkan dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dua kanak-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki.
“Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan seterusnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








