Berita Semasa

Syed Saddiq gelar Ahli Parlimen kerajaan ‘hipokrit’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggelar Ahli Parlimen blok kerajaan sebagai ‘hipokrit’ selepas isu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tidak dapat dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, keadaan tersebut berbeza ketika Ahli Parlimen kerajaan berada di blok pembangkang.

Ketika itu, mereka lantang membangkitkan isu 1MDB dan serangan terhadap peguam negara.

“Pada tahun 2015, (seramai) 70 Ahli Parlimen di dalam dewan ini sendiri di blok pembangkang ingin bicarakan soal keputusan hakim di mahkamah, sebelum itu keputusan 1MDB, serangan ke atas peguam negara semua boleh mereka bangkitkan.

“Kini bila berada di kedudukan kerajaan… hipokrit,” kata Syed Saddiq di Dewan Rakyat.

Sekiranya suara Ahli Parlimen dibisukan serta tidak boleh mengkritik kerajaan tanpa “sangka jahat”, Syed Saddiq mempersoalkan bagaimana mereka hendak membangkitkan isu rakyat.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mempengerusikan mesyuarat khas mengumumkan usul Wan Fayhsal Wan Kamal (PN-Machang) untuk mendapatkan penjelasan peguam negara ditolak, namun beliau akan diberi ruang bercakap mengenainya selepas usul kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dikemukakan.

Show More

Related Articles

Back to top button