BERITA SEMASA

500 hadir meriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tampin

GEMAS – Kira-kira 500 orang menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tampin 1448 Hijrah yang berlangsung di Masjid An Nur Felda Jelai 2, di sini, semalam.

Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama agensi pentadbiran awam di daerah Tampin itu menghimpunkan kakitangan awam, pelajar sekolah serta orang awam dari seluruh daerah berkenaan.

maulid
Imam Muda Asyraf (dua dari kanan) hadir selaku penceramah program berkenaan.

Antara pengisian utama ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan pendakwah dan penceramah terkenal, Imam Muda Asyraf atau nama penuhnya Ustaz Dr Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

“Beliau mengupas tajuk ‘Meneladani Akhlak Rasulullah SAW’ yang menekankan kepentingan menjadikan keperibadian serta akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

“Selain itu, sambutan tahun ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Hijjaz yang menjadi antara tarikan kepada para hadirin,” kata JHEAINS menerusi hantaran di Facebook.

Related Articles

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah.

Turut hadir Pegawai Daerah Tampin, Mohd Fadhil Hassan; Pegawai Agama Islam Daerah Tampin, Ustaz Dr Mohd Yazid Saad serta Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Suriani Salihan.

Penganjuran majlis berkenaan menjadi antara wadah untuk menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap Rasulullah SAW selain menghayati sirah, perjuangan dan akhlak Baginda SAW dalam membentuk kehidupan masyarakat yang berteraskan nilai Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button