5 kakitangan al-Jazeera terbunuh dalam serangan udara rejim zionis
GAZA CITY – Lima kakitangan al-Jazeera terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan khemah petugas media berhampiran Hospital al-Shifa, di sini semalam.
Mereka yang terbunuh ialah wartawan veteran, Anas al-Sharif dan Mohammed Qreiqeh; jurukamera Ibrahim Zaher dan Mohammed Noufal serta pembantu produksi, Moamen Aliwa, lapor Reuters.
Sementara itu, tentera rejim zionis dalam satu kenyataan selepas kejadian mendakwa, Anas merupakan ketua sel Hamas yang menyamar sebagai wartawan dan dituduh terlibat dalam perancangan serangan roket terhadap orang awam Israel.
Al-Jazeera bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada kempen hasutan terhadap petugas mereka.
Stesen penyiaran yang berpangkalan di Qatar itu turut mengecam tindakan Israel sebagai satu cubaan sistematik untuk menutup mulut petugas media menjelang operasi penjajahan Gaza sepenuhnya oleh tentera rejim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















