BERITA SEMASA

30 peserta acara renang terbuka disengat ubur-ubur

LUMUT – Kira-kira 30 peserta satu acara renang terbuka disengat ubur-ubur ketika menyertai acara berkenaan di pantai Teluk Senangin, di sini pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi sejurus acara dimulakan.

Beberapa perenang dilaporkan keluar dari air dalam keadaan kesakitan dan menerima rawatan segera di pangkalan perubatan di lokasi kejadian.

Susulan kejadian, dua kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

Acara ini menarik ratusan peserta muda serta keluarga, termasuk kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Pengarah acara, Saiful Nizam Kamal Arifin mengesahkan Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzzaffar Shah antara peserta dan turut mengambil bahagian bagi kategori 3 kilometer.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button