14,858 pemastautin cukai dengan wang lebih RM10 bilion di luar negara dikesan tidak kemuka laporan cukai – HASiL
LCYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengenal pasti seramai 14,858 orang pemastautin cukai Malaysia dengan jumlah keseluruhan baki akaun kewangan luar negara melebihi RM10 bilion namun tidak mengemukakan pelaporan cukai melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Menurutnya dalam satu kenyataan, data tersebut diperoleh daripada pertukaran maklumat akaun kewangan antarabangsa bersama lebih 100 negara
untuk mengenal pasti potensi ketidakpatuhan terutamanya pendapatan dan aset di luar negara.
“Akaun kewangan luar negara dengan baki yang signifikan berkenaan turut melibatkan beberapa negara seperti Luxembourg, Hong Kong, Guernsey, Cayman Islands, Bahamas dan Bermuda.
“Sehubungan dengan itu, HASiL telah menghantar peringatan kepada pemastautincukai berkenaan sebagai pendekatan galakan pematuhan secara sukarela (nudging), di samping memberi ruang untuk membuat semakan dan pengisytiharan pendapatan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu katanya, pemastautin cukai Malaysia yang mempunyai pendapatan belum dilaporkan dan mempunyai akaun kewangan luar negara daripada sumber pendapatan yang sepatutnya dikenakan cukai di Malaysia digalakkan untuk tampil secara sukarela dalam tempoh terdekat bagi membuat pelaporan dan pematuhan yang sewajarnya.
Katanya ia sekali gus mengelakkan penalti serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
“HASiL kekal teguh dalam menjalankan mandatnya mengikut kerangka perundangan negara, menjunjung prinsip keadilan, ketelusan dan profesionalisme dalam setiap tindakan.
“Dengan pendekatan berstrategi dan kerjasama semua pihak, HASiL akan terus memperkukuh tadbir urus percukaian negara demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







