1,400kg daun ketum dirampas polis
TANAH MERAH – Taktik menyembunyikan daun ketum di kawasan tapak rumah dalam pembinaan tidak menjadi apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas sebanyak 1,400 kilogram (kg) bahan terlarang itu di Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, semalam.
Rampasan dilakukan sepasukan anggota Balai Polis Bukit Bunga yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut sekitar pukul 8 malam sebelum menemui sebuah van Toyota putih diparkir dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata hasil pemerhatian melalui cermin hadapan mendapati beberapa bungkusan plastik hitam di dalam kenderaan itu dipercayai mengandungi barang larangan.
“Pemeriksaan lanjut dilakukan dengan membuka skru penyelak kunci di bahagian bonet belakang menemukan bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 1,400 kg.
Kenderaan bersama semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Haki berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti serta mengesan pemilik sebenar barang rampasan berkenaan.
Beliau turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








