JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga China serang pegawai imigresen didakwa esok

SEPANG – Seorang wanita warga China yang mencetuskan insiden mencederakan pegawai kaunter Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah berkata, polis sudah merekodkan keterangan lima individu termasuk pegawai imigresen terbabit berhubung kes berkenaan.

“Wanita China ini akan dituduh esok di mahkamah,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Albany memaklumkan rekod kemasukan wanita terbabit ke Malaysia sedang disiasat oleh pihak Jabatan Imigresen.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam pada Rabu lalu, di Balai Berlepas KLIA Terminal 1 ketika empat warga China, terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak, menjalani pemeriksaan pelepasan imigresen.

Difahamkan, wanita berkenaan bertindak agresif sehingga mencederakan pegawai imigresen kerana bimbang terlepas penerbangan.

Susulan itu, dia ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 332 (mencederakan penjawat awam) serta Seksyen 353 (menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam).

Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua atau tiga tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button