Wanita mencurigakan menyamar sebagai petugas kaunter hospital, kenakan bayaran kepada pesakit
JOHOR BAHRU – Seorang wanita menyamar sebagai penjaga kaunter di Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) dan bertindak mengenakan bayaran yang mahal kepada pesakit yang ingin berurusan.
Menurut satu hantaran dalam laman Thread rajanurfarizah, wanita itu mendakwa ibunya dipaksa untuk membayar RM30 untuk mendaftar di sebuah kaunter hospital berkenan.
“Kejadian baru petang tadi kena, ayah kena tahan wad, jadi mak pergi laa daftar masuk wad, so nk nak jadi kan cerita budak perempuan yang duduk dekat meja nombor tu dia cakap dekat mak saya kena bayar RM30 untuk pendaftaran masuk, sekarang dah kena bayar,” katanya.
Disebabkan tidak berpuashati, katanya, ibunya bertindak mendapatkan penjelasan daripada individu berkenaan kerana tiada resit rasmi dikeluarkan dan bayaran dikenakan sangat mencurigakan.
“So mak saya tanya laa sekarang dah kena bayar ke nak masuk wad, budak perempuan tu kata “ye kena bayar “ so mak saya bagi laa RM50 dekat dia dan pulangkan baki RM20, dan dia mintak mak saya duduk dulu dan dia nak daftarkan tapi mak cakap “takpelaa saya tunggu kenapa nak duduk”, budak perempuan tu diam.
“Mak saya tak puas hati dan cakap dekat budak tu “selama ni masuk ward pergi klinik tak kena bayar lagi pun kalau bayar separuh sebab warga emas”, budak perempuan diam lagi, akhirnya budak perempuan tu kata nanti saya tanya, lepas tu dia tengok telefon terus dia pulangkan balik duit mak saya dan dia cakap “dia” suruh pulang, dia tu siapa pun tak tahu,” katanya.
Sementara itu, pihak pengurusan HSAJB menafikan individu yg dinyatakan dalam hantaran tersebut merupakan petugas hospital berkenan.
Katanya, perkara itu kini sedang dalam siasatan pihak polis.

“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan hanya melakukan sebarang urusan bayaran deposit di kaunter hasil yang sah dengan memastikan resit rasmi dikeluarkan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh pihak yg cuba mengambil kesempatan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










