BERITA SEMASA

Wanita maut rumah dihempap bumbung diterbangkan angin

CYBERJAYA – Seorang wanita maut dalam kejadian ribut apabila rumahnya dihempap bumbung sekolah yang diterbangkan angin di Tahang Rimau, Segamat, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada pukul 7.41 malam.

Menurutnya, sebuah jentera FRT bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa.

“Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah.

“Terdapat seorang wanita dikenali sebagai V. Mahedevi telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum (ketibaan) anggota bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 8.21 malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button