Wang zakat fitrah dilarikan, amil dipercayai disamun di masjid
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak nekad apabila melarikan wang zakat fitrah dalam insiden di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
Kejadian tersebut dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki yang turun daripada motosikal memasuki kawasan berbumbung masjid, sebelum menuju ke meja pembayaran zakat fitrah yang dikendalikan individu dipercayai amil.
Tanpa membuka topi keledar, suspek dilihat mengambil sesuatu dari atas meja berkenaan sebelum melarikan diri ke arah motosikalnya dan terus beredar dari lokasi kejadian.
“Amil kena samun. Zakat fitrah pun orang rembat,” menurut kapsyen pada rakaman CCTV dimuat naik pengguna Facebook Ary Aery.
Difahamkan, kejadian berlaku pada waktu pagi, namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai jumlah kerugian atau perkembangan kes tersebut.
Menerusi ruangan komen, orang ramai mengecam tindakan suspek selain berharap agar dia segera ditahan pihak berkuasa.
“Belum pernah berlaku lagi orang buat macam ni. Aku rasa ini pertama kali kot. Dah berapa lama dia perhatikan nak rembat duit zakat,” komen Dolah Doyet.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








