BERITA SEMASA

Upacara angkat sumpah menteri, timbalan menteri di Istana Negara esok

PUTRAJAYA – Upacara mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan semua menteri dan timbalan menteri yang diumumkan dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI hari ini, akan dibuat di Istana Negara esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sudah memberi perkenan untuk menerima menghadap semua 27 menteri dan timbalan menteri berkenaan.

Selesai upacara berkenaan, Anwar berkata, mesyuarat Kabinet diadakan pada sebelah petang

“Upacara angkat sumpah diperkenan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong akan berlangung esok di Istana negara dan mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada jam 2.30 petang esok,” katanya selepas mengumumkan barisan kabinet baharu kerajaan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button