POLITIK

UMNO mesti relevan dengan tindakan, bukan retorik – Asyraf Wajdi

BUKIT GANTANG – UMNO mesti terus kekal relevan sebagai parti keramat orang Melayu bukan melalui retorik semata-mata, tetapi menerusi tindakan yang konsisten, dasar realistik dan kepimpinan berintegriti, tegas Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang, yang menurutnya mempunyai nilai sejarah besar dalam perjuangan parti dan pengorbanan demi rakyat.

“Dalam setiap pertemuan seperti ini, saya melihat semangat juang yang masih menyala iaitu semangat untuk memartabatkan UMNO dan menjadi benteng kepada suara rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr. Asyraf turut menyatakan keyakinan terhadap kekuatan jentera UMNO Bahagian Bukit Gantang, yang disifatkannya berperanan besar dalam memperkukuh struktur parti dan memperluas sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

Dalam masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd Solehin Tarjie, seluruh barisan kepimpinan, para perwakilan serta wakil-wakil sayap parti yang telah menjayakan mesyuarat tersebut.

Asyraf Wajdi bergambar bersama perwakilan UMNO Bukit Gantang.

“Marilah kita terus berganding bahu demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam ucapan penutup yang turut menyeru perpaduan dalam kalangan ahli parti.

Mesyuarat tersebut turut menjadi platform penting bagi memperkukuh semangat dan komitmen UMNO dalam mendepani pelbagai cabaran politik semasa serta memastikan kesinambungan perjuangan parti agar terus kekal menjadi pilihan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button