POLITIK

UMNO belum terima surat rayuan KJ

PUTRAJAYA – Parti UMNO belum menerima menerima surat rayuan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berhubung pemecatannya pada Januari 2023.

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

“Belum, saya belum terima lagi,” kata Zahid ringkas kepada media selepas menyempurnakan sesi dialog Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama pihak berkepentingan peringkat negeri.

Menurut portal FMT yang memetik sumber, bekas menteri kesihatan itu menghantar surat rayuan terbabit melalui pegawainya, baru-baru ini.

Difahamkan, rayuan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang.

Untuk rekod, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat daripada parti pada Januari 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin.

Laporan media pada 6 Julai lalu menyebut, Khairy dipetik sebagai berkata beliau sedia mempertimbangkan tawaran Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.

Sebelum itu, Akmal dilaporkan berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk membawa pemimpin UMNO yang digantung dan dipecat daripada termasuk Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan untuk kembali ke pangkuan parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button