BERITA SEMASA

[VIDEO] TMJ pandu Rolls Royce Boat Tail, hanya 3 buah dalam dunia

JOHOR BAHRU – Penampilan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026 (JSCPT 2026) dengan menaiki jentera Rolls-Royce Boat Tail mencuri perhatian peminat kereta di seluruh dunia.

Jentera super mewah tersebut merupakan salah satu daripada tiga unit yang dihasilkan jenama berprestij itu dengan anggaran harga lebih RM100 juta bergantung kepada tahap tempahan khasnya.

Penampilan baginda melalui video yang dimuatnaik laman Instagram ‘insaneluxurylife’ itu sekaligus menjawab teka-teki peminat automotif mengenai siapakah identiti pemilik ketiga jentera berkenaan.

Sebelum ini, dua daripada unit lain sebelum ini dilaporkan ditempah oleh bintang rap, Jay-Z dan Beyonce manakala sebuah lagi oleh pemain bola sepak Argentina, Mauro Icardi.

Menerusi video yang ditonton oleh lebih 2.4 juta orang itu, Tunku Ismail dilihat memandu sendiri jentera berkenaan dengan diiringi konvoi beberapa jentera mewah di belakang baginda.

Penampilan jentera Rolls-Royce Tail Boat yang dipandu oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada acara polo di Johor Bahru. Foto: insaneluxurylife

Kemunculan jentera eksklusif itu di acara polo berkenaan dilihat cukup bertepatan dengan imej baginda dan kerabat Johor yang sememangnya dikenali sebagai peminat jentera mewah.

Bersaiz 5.8 meter panjang, reka bentuk Boat Tail diinspirasikan daripada bentuk kapal layar mewah yang memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

Dari segi kejuruteraan, Boat Tail menggunakan enjin V12 6.75 liter twin-turbo yang menghasilkan sekitar 563 kuasa kuda dan 900 Nm tork.

JSCPT 2026 merupakan kejohanan polo antarabangsa berstatus 22 gol yang menutup tirai semalam di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, di sini.

@malaysiatribune

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail tiba ke acara Johor Super Crown Polo Tournament 2026 dengan memandu Rolls Royce Boat Tail. Jentera penuh eksklusif itu dianggarkan berharga lebih RM100 juta bergantung kepada tahap tempahan khas yang dikehendaki pelanggan. Video itu dimuat naik akaun Instagram insaneluxurylife. #malaysiatribune #beritasemasa #videoreelsシ #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button