BERITA SEMASA

Tidak puas hati diminta patuhi laluan ditetapkan punca anggota RELA ditengking

JOHOR BAHRU — Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) memandang serius insiden tular di media sosial yang melibatkan seorang anggotanya ketika menjalankan tugas di Terminal Bas Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar, pada 4 November lalu.

Menurut RELA, dalam kejadian itu, anggota berkenaan dilaporkan sedang membantu melancarkan pergerakan orang awam dan memastikan keselamatan di kawasan terminal sebelum ditegur secara kasar oleh seorang individu yang tidak berpuas hati selepas diminta mematuhi laluan yang ditetapkan.

Tegasnya, setiap anggotanya adalah penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.

“Sebarang tindakan menghalang, mengugut atau menengking anggota RELA semasa bertugas boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELA dalam masa sama turut menghargai profesionalisme dan kesabaran anggota berkenaan yang menangani situasi tegang itu dengan berhemah tanpa sebarang provokasi.

Related Articles

Katanya, bagi memastikan tahap kecekapan dan kualiti anggota terus ditingkatkan, jabatan itu akan meneruskan latihan dan bimbingan berterusan bagi semua anggotanya.

“Usaha ini diharap dapat meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan serta kehadiran anggota RELA dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan,” tambah kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button