JENAYAH & MAHKAMAH

Marah anggota RELA: Seorang lelaki ditahan polis

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun selepas tular di media sosial video memaparkan tindakannya menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Terminal Bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4 November 2025 kira-kira jam 11.13 pagi daripada seorang pembantu keselamatan lelaki berusia 31 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara anggota RELA yang bertugas dengan suspek, yang juga warga tempatan.

“Pengadu yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah ditepis pada bahu kirinya oleh suspek, namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, katanya, polis berjaya menahan suspek pada hari ini.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod jenayah terdahulu.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan permohonan reman akan dibuat pada 6 November 2025 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ujarnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Raub turut merakamkan penghargaan kepada pihak media atas kerjasama menyebarkan maklumat sahih kepada masyarakat berhubung perkembangan kes tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button