‘Teruskan berjuang untuk rakyat Palestin’
BUKIT JALIL – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberitahu, Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang dibunuh minggu lepas sempat menyampaikan pesan supaya terus berjuang untuk rakyat Palestin.
Menurut Johari, pesanan tersebut disampaikan ketika mereka bertemu pada majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu di Tehran, Iran beberapa jam sebelum Allahyarham dibunuh.
āSaya pergi ke Iran untuk mewakili Malaysia dalam proram angkat sumpah Presiden Iran. Sampai di sana saya bertemu Speaker Iran dan Presiden Iran. Esoknya upacara diadakan dan Ismail Haniyeh duduk betul-betul di depan saya.
āHabis upacara angkat sumpah dia menoleh (kepada saya), tanya pasal (Perdana Menteri, Datuk Seri) Anwar, saya sampaikan salam Anwar kepada beliau.
āSaya cuba panjangkan perbicaraan mengenai keluarganya,(tetapi) dia kata tolong balik, beritahu Anwar teruskan perjuangan mulia beliau.
āMalam ini, saya sampaikan kepada Anwar bahawa Ismail Haniyeh meminta beliau terus memimpin dan berjuang untuk anak-anak di Palestin,ā kata Johari sebak.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Himpunan Pembebasan Palestin di Arena Axiata, di sini malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Dalam perbualan tersebut, Johari berkata, Ismail tidak gentar berhadapan dengan maut walaupun ahli keluarganya termasuk tiga anak lelaki dan cucunya mati dibunuh oleh Israel.
āDia pegang saya, dia kata kawanku, saudaraku beritahu mereka, semua manusia di atas muka bumi akan mati, keluarga saya telah pun pergi, yang membunuh juga akan pergi.
āPersoalan apabila kita dihidupkan kembali, bagaimana kita berhadapan dengan Tuhan nanti?ā kata Johari lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








