
Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin tamatkan kemarau 27 tahun
IOWA – Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan kemarau 27 tahun Malaysia selepas muncul juara kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023 pada Isnin.
Sze Fei-Nur Izzuddin dengan mudah menyingkirkan cabaran pasangan kembar dari Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen dalam perlawanan akhir di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.
Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu hanya memerlukan 30 minit untuk mengetepikan lawan yang juga pilihan ketujuh, 21-9, 21-10.
Kejayaan menjuarai Kejohanan Terbuka AS membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin merangkul kejuaraan kedua Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas Terbuka Jerman pada 2022.
Untuk rekod, kejuaraan Terbuka AS merupakan kejohanan pertama pasangan itu, selepas kembali bersama bulan lalu setelah berpisah pada Februari tahun ini.
Kali terakhir beregu lelaki ke perlawanan akhir Terbuka AS adalah pada tahun 1996 menerusi Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock yang muncul sebagai naib juara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








