SUV bertembung lori, enam maut termasuk bayi
SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu SUV, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27; Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21; kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan bayi berkenaan.
Seorang lagi kanak-kanak, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 3.46 petang dan bergegas ke lokasi dibantu BBP Sungai Petani.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton X50 dengan sebuah lori muatan tanah 10 tan berlanggar.
“Komander operasi melaporkan, terdapat keseluruhan tujuh mangsa dalam kereta terbabit dan enam daripadanya meninggal dunia selepas disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
“Seorang kanak-kanak perempuan yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulans KKM manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















