Sukarelawan APM maut dirempuh MPV di Ayer Keroh
AYER KEROH – Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuh Ayer Keroh berdekatan Penjara Dusun Dato’ Murad, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu, mangsa, Akmal Aniq Mohamed Ariff, 22, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan dalaman.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Innova, seorang lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menuju lampu isyarat Muzaffar Shah melanggar motosikal mangsa dari arah belakang di lorong susur jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



