
Suhu di Rio de Janeiro cecah 62 darjah Celsius
BRASILIA – Rio De Janeiro semalam merekodkan suhu tertinggi dengan bacaan mencecah 62.3 darjah Celsius di Guaratiba meskipun negara itu masih dalam musim luruh.
Gelombang haba berbahaya yang melanda kawasan utama di bandar ini memaksa orang ramai meninggal kediaman yang turut terputus bekalan elektrik untuk mencari sumber air di pantai dan kolam bagi menyejukkan bandar.
Institut Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan amaran merah dengan amaran bahaya kepada semua penduduk terutama di bahagian tengah barat, tenggara dan utara.
“Kebarangkali untuk berlaku malapetaka dan kemalangan sangat tinggi, dengan ancaman kepada kesihatan dan nyawa manusia.
Kawasan Guaratiba terdedah kepada suhu tinggi kerana berdekatan dengan lautan dan angin panas dari utara yang melanda kawasan itu
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


