SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli ke Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion.
Siasatan itu melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dijadual hadir untuk dirakam keterangan pada 4 Mei 2026, pukul 10 pagi.
Menurut beliau, setakat ini sebanyak 22 keterangan telah direkodkan termasuk melibatkan beberapa menteri dan pegawai kanan agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.
“Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.
“Minggu lalu kita telah merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes yang melibatkan Rafizi itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna jawatan atau kedudukan untuk suapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








