Skuad badminton lelaki negara ke Final berdepan Indonesia
PHNOM PENH – Skuad badminton lelaki Malaysia berjaya menebus kekalahan mereka di tangan pasukan Thailand pada final 2021 selepas menewaskan juara bertahan itu 3-2 dalam aksi yang penuh dramatik di Dewan Badminton Morodok Techo, sebentar tadi.
Malaysia bermula dengan aksi yang bertenaga dengan pemain perseorangan pertama negara, Leong Jun Hao, mengejutkan pemain ranking 34 dunia, Sitthikom Thammasin 21-13, 18-21, 21-10 dalam aksi selama satu jam.
Malaysia seterusnya melebarkan kedudukan 2-0 selepas Pasangan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe menundukkan Peerathchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakut menerusi aksi 3 set yang berkesudahan 21-16, 14-21, 21-15.
Tersentak dengan rentak cemerlang pasukan Malaysia, pasukan Thailand bangkit dengan dua kemenangan masing-masing melalui perseorangan kedua, Panitchapon Teeraratsakul ke atas Ong Ken Yon 21-17, 21-15 dan gandingan Ruttanapak Oupthong-Nanthakarn Yordphaisong pula menundukkan Chia Weijie-Liew Xun dengan ‘straight set’ 21-16, 21-14.
Dalam perlawanan penentuan, pemain muda yang merupakan perseorangan badminton ketiga Malaysia, Kok Jing Hong muncul wira buat pasukan Malaysia selepas berjaya menang mudah dengan menundukkan Saran Jamsri 21-12, 21-13.
Malaysia dijadualkan akan menentang musuh tradisi iaitu Indonesia dalam perlawanan akhir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








