Selangor FC rai kemenangan sulung, jinakkan Brunei DPMM
PETALING JAYA – Selangor FC akhirnya memecah kebuntuan apabila meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini selepas menundukkan Brunei DPMM 3-0 di Stadium MB Petaling Jaya, malam tadi.
Gergasi Merah tidak menunggu lama untuk menguasai perlawanan apabila Kevin Deeromram meledak gol seawal minit kelima sebelum menambah jaringan kedua pada minit ke-36.

Brunei DPMM yang cuba bangkit pada babak kedua terus dihukum apabila Chrigor Moraes memastikan tiga mata penuh milik tuan rumah menerusi gol pada minit ke-67.
Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi berkata, kemenangan itu melegakan namun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, terutama penyudah di hadapan gawang.
“Kita menang 3-0, tetapi banyak peluang terbuka gagal disempurnakan. Dalam bola sepak, peluang mungkin datang sekali sahaja, jadi pemain perlu lebih klinikal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas prestasi Deeromram yang baru menyertai pasukan hujung bulan lalu, Kinoshi memuji keserasian pemain itu bersama rakan sepasukan meskipun masih baharu.
Selepas kejayaan itu, Selangor bakal memberi tumpuan kepada saingan Piala FA menentang Malaysian University Football Team (MUFT) pada Sabtu ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








