BERITA SEMASA

“Saya tidak mahu imuniti, jika bersalah hadapkan saya ke mahkamah” – Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak mahu sebarang imuniti atau keistimewaan untuk mengelak daripada proses undang-undang, malah bersedia dihadapkan ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman kerajaan semalam di Dewan Rakyat bahawa beliau didapati bersalah kerana tidak membuat rayuan dalam isu Pulau Batu Putih.

Namun, tiada tindakan lanjut diambil terhadapnya atas faktor usia.

“Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah.

“Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau secara sinis mempersoalkan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya bukan sahaja menjatuhkan hukuman bersalah ke atasnya, malah membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan kerana kononnya faktor usia.

“Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwaraya.

“Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim,” katanya lagi.

Tun Mahathir turut menyatakan bahawa dakwaan beliau menerima ‘imuniti’ kerana kononnya sudah berusia 100 tahun adalah tidak berasas dan bertentangan dengan prinsip keadilan yang sebenar.

Katanya, hanya mereka yang bersalah dan takut ke mahkamah sahaja yang akan mengharapkan perlindungan sebegitu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button