BERITA SEMASAPMX

RON95 Malaysia antara termurah dunia, kerajaan masih kukuh – Anwar Ibrahim

KUANTAN – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan harga minyak RON95 di negara ini kekal antara terendah di dunia walaupun konflik di Asia Barat memberi kesan langsung kepada pasaran bahan api.

Beliau berkata, rakyat Malaysia masih menikmati harga petrol yang rendah berbanding negara jiran yang mencatatkan peningkatan ketara, malah ada yang terpaksa melaksanakan catuan bekalan.

“Bagaimanapun, harga RON95 di Malaysia masih antara paling rendah di dunia iaitu RM1.99 seliter. Ada negara jiran mencecah sehingga RM10 seliter. Kalau ditanya kepada saya, saya hanya mampu bersyukur.

“Kita tidak menafikan wujud masalah (kesan perang) tetapi tetap berusaha membantu rakyat. Ada negara jiran sampai catuan minyak, malah lebih 400 kedai minyak ditutup.

“Di Malaysia, kita masih mampu bertahan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan masalah kesan krisis tersebut perlu ditangani dengan mencari jalan penyelesaian bersama, bukan dengan menyalahkan pihak tertentu.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak terbeban walaupun berdepan ketidaktentuan global.

“Jangan boros, belanja lain boleh dibatalkan, tetapi makan minum rakyat mesti dijaga. Nasib orang miskin mesti dibela.

“Kita akan terus melaksanakan dasar yang menjaga kepentingan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah,”katanya.

Anwar turut menggesa masyarakat agar lebih memahami isu antarabangsa serta tidak mudah terpengaruh dengan retorik politik sempit yang boleh mencetuskan salah faham.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button