BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Revolusi penjagaan kulit dari dua produk terbaharu Garnier

KUALA LUMPUR – Jenama kecantikan global terkemuka, Garnier, terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia penjagaan kulit dengan memperkenalkan dua produk inovasi terbaharunya, Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum dan Micellar Peeling Water.

Direka khas untuk mengatasi kulit kusam, tona tidak sekata serta tekstur kulit yang kasar, serum ini menawarkan penyelesaian menyeluruh dengan formula yang terbukti secara dermatologi.

Kedua-dua produk yang terhasil daripada keajaiban formula sains ini kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons seluruh negara termasuk di platform dalam talian utama seperti Shopee, Lazada dan TikTok.

Formulanya direka untuk memberikan penjanaan semula kulit serta menyokong proses pemulihan lapisan pelindung kulit dalam tempoh seawal empat jam.

Dengan kemampuan menghaluskan tekstur, mencerahkan tona dan meratakan permukaan kulit, serum untuk kegunaan harian ini adalah penyelesaian mudah untuk kulit sensitif.

Serum berinovasi tinggi ini dirumus dengan gabungan berkuasa 15% AHA, BHA dan PHA selain diperkaya dengan Niacinamide.

Kandungan AHA (Alpha Hydroxy Acid) pula membantu menanggalkan sel kulit mati di lapisan permukaan untuk menyerlahkan kulit lebih cerah. BHA (Beta Hydroxy Acid) pula membantu memulihkan liang pori serta mengawal minyak berlebihan.

Manakala PHA (Poly Hydroxy Acid) pula mampu memberikan tindakan lembut pada kulit sensitif sambil meratakan tekstur kulit dengan memberi kesan ‘glass skin’.

Bagi melengkapkan rutin set penjagaan, Garnier turut memperkenalkan Micellar Peeling Water, pembersih dua dalam satu yang berfungsi sebagai pencuci efektif untuk menanggalkan sel kulit mati (eksfoliator).

Dr. Aen Saari berkongsi pengalaman mengenai tip penjagaan kulit.

Ahli dermatologi terkenal yang juga pempengaruh kesihatan kulit terkenal, Dr Aen Saari berkata, kedua-dua produk ini dirumus utuk menghasilkan rejim eksfoliasi harian tanpa menyebabkan iritasi pada sulit.

“Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum memberikan ‘peel glow’ menakjubkan tanpa pedih atau masa pemulihan.

“Ia cukup lembut digunakan setiap hari dan membantu mengatasi kulit kusam serta jerawat dan eksfoliasi berkesan tidak semestinya menyakitkan,” katanya pada sesi “Peel The Truth” sempena pelancaran produk itu di Bangsar baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu Mekyun, Michie Lam, Han Xiiao Aii dan Milleh Christian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button