BERITA SEMASADALAM NEGERI

Reruai KDN jadi tumpuan Program MADANI Rakyat di Johor

JOHOR BAHRU – Reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus dibanjiri pengunjung untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan berteraskan keperluan rakyat pada hari kedua Program MADANI Rakyat 2025 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Toppen Shopping Centre, di sini, semalam.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk diskaun saman trafik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkhidmatan Bas Mekar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pembaharuan pasport antarabangsa, penukaran naskhah al-Quran serta pameran keselamatan oleh agensi-agensi di bawah KDN.

Penganjuran program itu dimeriahkan lagi dengan kunjungan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang meluangkan masa menyantuni orang ramai.

Reruai KDN turut dikunjungi Ketua Setiausaha Negeri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Program seperti ini memberi peluang kepada rakyat untuk berurusan secara terus dengan pelbagai agensi kerajaan dalam suasana yang santai dan mesra.

“Inilah semangat MADANI yang kita bawa iaitu menyampaikan perkhidmatan secara inklusif, efisien dan berhemah,” kata beliau ketika ditemui media.

Suasana di reruai KDN turut dimeriahkan dengan persembahan santai oleh Briged Seni KDN selain sesi Pocket Talk interaktif oleh PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

BACA : KDN isytihar 2025 tahun penguatkuasaan

Aktiviti kuiz Kahoot! turut menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang.

Reruai KDN turut menerima liputan khas oleh RTM, membuktikan peranan aktif kementerian dalam memastikan maklumat dan perkhidmatan awam disampaikan ke peringkat akar umbi.

Program MADANI Rakyat Johor 2025 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Ia merupakan inisiatif anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Mei.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button