BERITA SEMASA

Program Madani Rakyat: 100,000 dijangka banjiri Kompleks Sukan Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Lebih 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Program Madani Rakyat Zon Tengah yang telah membuka tirainya semalam hingga 24 Februari di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini.

Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dalam satu kenyataan berkata, fokus utama program adalah untuk memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program TVET serta program kesejahteraan rakyat.

Lebih menarik, sebanyak 2,000 peluang pekerjaan disediakan pada Karnival Kerjaya bersempena program ini.

Difahamkan juga, terdapat 20 majikan yang telah bersetuju untuk menyertai pameran kerjaya dan ada yang akan buat temu duga secara terbuka.

“Program yang merupakan kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Disember lalu itu juga dilihat bakal memberi peluang kepada masyarakat memahami dasar serta inisiatif baharu Kerajaan Madani,” katanya.

Selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi dan Kerajaan negeri Selangor, program ini turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Dalam pada itu, Jualan Agro dan Mega Madani yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset-aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan menyempurnakan
Majlis penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah pada esok yang turut bakal dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kerajaan dan negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button