PRN Sabah: BN tidak akan bekerjasama dengan GRS, buka peluang parti lain
PUTRAJAYA – Barisan Nasional tetap bersifat terbuka bagi menjalin kerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, keputusan itu tidak membabitkan kerjasama dengan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kita sebut bahawa BN-PH (Pakatan Harapan) ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’. Ertinya kita bersedia bersama dengan mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita.
“GRS kita sudah muktamadkan kerana mereka yakin akan menang banyak. Jadi mereka tidak memerlukan BN. Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran IKONDESA, di sini hari ini.
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid mengumumkan keputusan muktamad bahawa BN dan UMNO Sabah tidak akan bekerjasama dengan GRS untuk PRN17 negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata, sebaliknya parti berkenaan memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada pilihan raya berkenaan.
“Keterbukaan BN untuk bekerjasama dengan parti lain adalah untuk mengelakkan pertindahan kawasan yang memiliki tahap kebolehmenangan tinggi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








